Tuesday, November 27, 2012

manusia diuji

Assalamualaikum,

Tulisan kali ini bukanlah untuk menyatakan bahawa diri ini merupakan sebaik-baik insan, tetapi adalah untuk memperbaiki diri yang sangatlah hina di mata Tuhan ini juga. Semoga tulisan tulisan yang baru ini mampu memberi pengajaran kepada para pembaca sekalian :)

Post ini sebenarnya, tergendala. Semenjak dua minggu yang lalu, atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Baiklah, kita mulakan.

Setiap perubahan yang ingin kita lakukan, ada banyak dugaannya. Mungkin Allah sengaja ingin menduga untuk melihat sejauh mana kesungguhan kita untuk berubah. Adakah ikhlas mahupun sekadar menunjuk?

Coretan pada kali ini,  mungkin adalah berkaitan dengan diri ini yang sedang berusaha mencari jalan yang diredhaiNya. Kehadiran di bumi Mesir  pada mulanya adalah bukan kerana ingin mencari keredhaanNya mahupun bukan untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Ia adalah kerana adalah untuk mendapat keberkatan dari ibu bapa yang amat mengharapkan kejayaan anaknya untuk mencapai cita-cita sebagai seorang Doktor. Dan, langkah kaki ke Universiti Al-Azhar juga adalah bukan kerana ingin menghafaz Al-Quran mahupun mendalami ilmu agama. Tetapi adalah kerana lokasinya yang terletak di Kaherah, ibu negeri Mesir. Kata ustaz, di Kaherah, segala kemudahan ada di sini. Jika dibandingkan dengan Zagazig, Tanta, dan Mansoura, Kaherah adalah jauh lebih baik. Dan, Kaherah juga boleh diibaratkan seperti Kuala Lumpur. Namun, tipulah juga jika dikatakan tiada niat untuk berubah walau pun sedikit. Niat sememangnya ada, tetapi amat sedikit. Hanya dalam lingkungan 10%, mungkin. Mungkin ini adalah ketentuan dariNya. Dan apabila ditanya, kenapa pilih Mesir? Dan, salah satu dari jawapannya, nak balancekan dunia akhirat. Huh, kata-kata semata-mata. Mulut kata lain, hati kata lain. Itulah manusia, hanya pandai berkata-kata sahaja. Kata-kata tidak selari dengan perbuatan.

Dalam satu situasi,

"Kat Malaysia buat dosa banyak-banyak dulu, nanti kat Mesir baru buat pahala banyak-banyak "

Betapa dhaifnya diri ini pada 3 bulan yang lalu.

Dan diri ini masih lagi dalam kedhaifan untuk mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan hidup dariNya. Kata-kata di atas masih menjadi impian.  Janji-janji silam masih akan dicuba untuk ditunaikan. Walaupun banyak kejadian yang melanda, namun diri ini perlu kuat. Perlu tabah, untuk menghadapi setiap dugaan yang melanda. Dan mungkin, setiap kata-kata yang dikatakan kepadanya akan ditunaikan. Bukan kerana janji, tetapi mungkin kerana sayang dan menghargai dirinya. Dan, andai diri ini banyak melakukan dosa, salah, dan silap terhadap anda, maafkan lah diri ini yang amatlah hina di mata manusia apatah lagi di mata Allah.

Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W, "barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."

Sudah tiba masanya untuk ilmu. Sekian.



















Thursday, November 8, 2012

Salam 'Alaik

Memandangkan blog yang lama adalah tidak matang, maka blog yang baru inilah akan dihidangkan pula. Kemungkinan blog ini akan menjadi lebih matang dari yang sebelum ini. Hope so, Insya Allah.

Apapun, let me introduce myself first.

Nama Nisa. Dalam 2 hari lagi, baru nk umur 18. Currently studying at University Al Azhar, Egypt. Emm, itu jelah kot. Tak perlu panjang panjang kan. Cukuplah sekadar nama dan umur. Yang lain lain, tidak berapa penting. Just baca blog ni, dan pandai pandai lah korg menilai sendiri tentang Nisa. That's all dulu kot utk entry ni. Kita smbung next entry pulak ye. Enjoy!