Friday, January 4, 2013

Allah Maha Besar

Salam Assalamualaikum, 

Setelah sekian lama tak meng-update blog. Hihi. Sorry sorry. 

Menyampah bila buat buat femes mcm ni -,- Semua mesti pelik apehal la dgn Nisa ni. Tiba tiba meriah semacam kan. Padahal post before ni, bukan main Islamic la dia. Haha. Sorry emo emo. Hehe. Nisa, biasalah tu. 

Ohh wait, I think belum terlambat rasanya nak wish Happy New Year kan. Baru 5 Januari. Well, SELAMAT TAHUN BARU, kalian! :D Hihi.

*sebenarnya, tak rasa nk celebrate New Year sangat pun. Nak dekat exam dah :(

Okeh, let me tell you guys apa yg terjadi sebenarnya during my life in Egypt. It was a long story ekceli. Studying far away from family and friends sebenarnya memang mencabar. Really really mencabar. Kurang kasih sayang, kurang semangat, kurang disiplin, kurang DUIT, kurang nasihat, dan yang paling penting kurang kesedaran. That is the most important thing. Even sebenarnya banyak lagi kekurangan yang lain bila belajar jauh jauh ni.

Keseronokannya, memang ada. Dapat belajar culture orang lain, belajar new language yang tak pernah kita terpikir pun nk belajar before ni *Arabic, tambah kawan baru, tambah ilmu baru. Seronok, memang seronok. Tapi, itulah. Semua benda ada pro's and con's nya yang tersendiri. Tak semua benda dalam hidup ini adalah sempurna. Begitu juga dengan manusia yang sememangnya tidak sempurna. Perlu mengambil masa untuk berubah. Sedikit demi sedikit.

Sebagai contoh :
 
Kalau dulu, dia hanya pandai berkata-kata tentang isu ketuhanan dan hati masih kosong tetapi kini Alhamdulillah, dia sudah nampak apa tujuan hidupnya yang sebenar. 

Kalau dulu, dia kurang beribadah tetapi kini Alhamdulillah. Walau tidak sesempurna mana tetapi sekurang kurangnya dia sudah mula sukakan usrah.

Kalau dulu, dia adalah pelajar yang nakal tetapi kini Alhamdulillah kenakalannya semakin berkurang.

Walaupun hanya sedikit perubahan yang mampu seseorang manusia itu lakukan, itu sudah memadai jika dibandingkan dengan sejarah hidupnya yang dahulu. Namun begitu, semoga dia mampu mengekalkan perubahan yang dilakukan.

'lakukankanlah perubahan dalam diri kamu walaupun ianya sekecil kuman..jika tidak nescaya kamu sama seperti org org kafir'
-NADIAH ISHAK:)-

Itu contoh. Tetapi jika benar benar sikap itu wujud dalam diri setiap manusia, alangkah indahnya dunia. Dipenuhi dengan orang yang baik baik. Tiada hasad dengki, tiada kejahatan. Tetapi, semua itu mustahil, kerana Allah turunkan dugaan kepada setiap hambanya. Tanpa kejahatan, bagaimanakah Allah mahu menguji kekuatan seseorang hamba itu terhadapNya. Ya, Allah Maha Adil. Dan Allah Maha Besar. 

Jadikan setiap musibah yang dihadapi sebaga ujian. Terus teruslah berharap dan meminta pertolongan daripadaNya. Satu lagi, jadikan segalanya POSITIF. BerhusnuzZon lah dgn Yang Maha Esa kerana Allah adalah apa yang kita sangkakan. 

Dan, ingatlah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Allah takkan bg petunjuk kepada org yg tidak dikehendakinya dan akan bg petunjuk kepada sesiapa sahaja yg dikehendakinya. Bersyukurlah atas setiap apa yang berlaku :)

p/s: Tulisan ini adalah bukan untuk riak, takabbur atau apa apa sahaja yang berkaitan dengannya. Tetapi adalah sebagai pengajaran, iktibar dan juga refleksi buat diri aku yang serba kekurangan ini. Sekian.

*tertarik dengan cara pemakaian Dena Bahrin sebenarnya. Bertudung labuh, tetapi masih bergaya :) (Y)


 

1 comment:

  1. I'm sincerely hoping that you're doing well.may Allah be with us :)

    ReplyDelete